Harus diakui bahawa filem berdasarkan permainan video, Need For Speed ini agak lewat dihasilkan. Kini apabila khalayak bercakap tentang filem berasaskan kereta, pasti akan terlintas di fikiran line-up filem The Fast & The Furious walaupun permainan video Need For Speed yang menimbulkan kegilaan tentang perlumbaan kereta jalanan.



Dalam acara Super Bowl baru-baru ini, telah ditunjukkan klip versi lebih panjang filem Need For Speed. Nampak meyakinkan, walaupun kami masih skeptikal tentang apa yang akan ditonjolkan untuk membezakan filem ini daripada francais filem The Fast & The Furious.

Filem yang bakal ditayangkan pada Mac nanti ini mengisahkan seorang pelumba kereta jalanan yang baru dibebaskan dari penjara, menyertai satu perlumbaan dalam usaha membalas dendam terhadap orang yang menyebabkannya dipenjara. Dan seperti dalam francais permainan video Need For Speed, sudah semestinya nanti akan ada pelbagai supercars dan aksi kejar mengejar bersama polis nanti.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post