[Video] Teaser Filem Transformers: Age Of Extinction Di Super Bowl


Kalau sebelum ini kami cuma kongsikan gambar-gambar dari filem Transformers: Age Of Extinction, kali ini kami berkongsi pula teaser pertama filem ini daripada acara Super Bowl baru-baru ini. Saksikan video di bawah ini :


Tak tahu macam mana dengan korang, tapi kami tetap merasakan filem Transformers di tangan pengarah Michael Bay akan menjadi sampah seperti mana 3 filem sebelum ini. Serius, Michael Bay telah merosakkan kenangan zaman kanak-kanak kami. Kehadiran watak Dinobot, dalam video itu dapat disaksikan watak Grimlock (kalau betul tekaan kami), hasilnya masih nampak mengecewakan.

Dan diharapkan juga filem Transformers: Age Of Extinction ini kurang menampilkan watak manusia dan lebih memfokus kepada watak robot. Apa gunanya menggunakan tajuk Transformers, tapi banyak menonjolkan watak manusia, ye tak?

Apa pendapat korang?

No comments:

Powered by Blogger.