Selepas menonton trailer terbaru untuk filem Captain America: The Winter Soldier ini, makin tak sabar rasanya kami nak menunggu tarikh tayangannya di Malaysia nanti. Apa yang boleh kami katakan, trailer terbaru ini sangatlah awesome! Saksikan video di bawah ini untuk melihatnya sendiri :


Daripada trailer terbaru filem Captain America: The Winter Soldier ini, dapat disaksikan sedutan transformasi awal Bucky Barnes menjadi The Winter Soldier. Juga dapat disaksikan video yang agak panjang watak superhero Falcon (dibawakan oleh pelakon Anthony Mackie) beraksi. Juga tak ketinggalan watak Black Widow yang agak bad-ass ditunjukkan beraksi. Dan sudah tentulah watak penjahat utama, The Winter Soldier yang nampaknya mempunyai kekuatan yang setara dengan Captain America sehingga boleh menahan shield yang dilemparkan oleh Cap!

Makin tak sabar kami nak menantikan tarikh tayangan filem ini pada 3 April 2014 nanti!

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post