[Video] Trailer Filem Rush : Aksi Perlumbaan Formula 1 Zaman 1970an


Satu lagi filem bercorak perlumbaan kereta menjengah ke pawagam. Kali ini filem Rush yang berdasarkan kisah sebenar persaingan 2 orang pelumba hebat di litar Formula 1 - seorang playboy, James Hunt (lakonan Chris Hemsworth) dan pencabar utamanya, Niki Lauda (Daniel Brühl).



Filem Rush menampilkan 2 pelumba ini dalam usaha mereka tampil sebagai pelumba Formula 1 terhebat dan mencabar ketahanan fizikal dan juga psikologikal dalam perlumbaan dan pertarungan sengit kedua-duanya pada tahun 1970-an yang dianggap golden age untuk perlumbaan Formula 1.

Filem ini telahpun mula ditayangkan di Malaysia.

No comments:

Powered by Blogger.