Sejak pengumuman filem Transformers 4 dan kembalinya pengarah Michael Bay menerajui filem Transformers selepas siri triloginya yang dikritik ramai, telah diumumkan bahawa pelakon Mark Wahlberg akan memegang watak utama menggantikan Shia LaBeouf yang huru-hara dan annoying dalam filem terdahulu. Walaupun begitu, masih belum ada gambar yang menampilkan watak yang dilakonkannya.

Baru-baru ini pengarahnya iaitu Michael Bay telah pun tweet gambar pertama watak manusia yang akan muncul dalam filem Transformers : Age Of Extinction iaitu Mark Wahlberg, Nicola Peltz dan Jack Reynor. Gambarnya adalah seperti di bawah.


Masih belum ada sinopsis rasmi tentang filem ini, tetapi yang pastinya, Mark Wahlberg akan menerajui filem keempat dalam siri Transformers yang diarahkan oleh Michael Bay ini.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post