Nampaknya trailer pertama filem adaptasi daripada permainan video terkenal, Need For Speed sudah boleh ditonton di Youtube. Daripada trailer yang dipaparkan, nampaknya tidak mengecewakan.


Filem Need For Speed bakal ditayangkan pada tahun 2014 dan mengisahkan seorang pelumba kereta jalanan yang baru dibebaskan dari penjara, menyertai satu perlumbaan dalam usaha membalas dendam terhadap orang yang menyebabkannya dipenjara. Dan seperti dalam francais permainan video Need For Speed, sudah semestinya nanti akan ada pelbagai supercars dan aksi kejar mengejar bersama polis nanti.

Harap-harapnya filem Need For Speed ini nanti tak mengecewakan peminat permainan video Need For Speed seperti aku.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post