Gelombang hiburan terus memuncak apabila filem live-action pecah panggung bernilai bilion dolar, Lilo & Stitch, bakal menemui penonton di Disney+ Hotstar mulai 3 September ini. Nikmati komedi luar biasa ini bersama keluarga tersayang, bila-bila masa dan di mana sahaja, dalam sebuah pengembaraan yang menggabungkan kekacauan lucu, pesona, dan kecomelan yang sukar dilupakan.

Filem ini telah mencatat sejarah apabila Lilo & Stitch melepasi kutipan USD$1 bilion di global box office, menjadikannya filem pertama Motion Picture Association (MPA) tahun 2025 yang mencapai pencapaian tersebut. Selepas mencatat kutipan pembukaan hujung minggu Memorial Day sebanyak USD$183 juta — angka tertinggi pernah direkodkan untuk musim tersebut — filem ini terus mengekalkan kedudukan sebagai filem MPA dengan kutipan tertinggi tahun ini, baik di peringkat global mahupun antarabangsa.

Sebagai reimagination kepada animasi klasik Disney, versi live-action ini membawa nafas baharu kepada kisah menghiburkan dan menyentuh hati tentang Lilo dan “haiwan peliharaan” angkasa lepasnya, Stitch. Latar belakang tropika yang subur memberikan visual yang menenangkan, sehangat hubungan kekeluargaan yang terjalin antara kedua-dua watak ini, sambil memberi penghormatan tulen kepada budaya dan keindahan Hawai’i.

Diarahkan oleh Dean Fleischer Camp, filem Lilo & Stitch dibintangi oleh Sydney Elizebeth Agudong, Billy Magnussen, Tia Carrere, Hannah Waddingham, Chris Sanders, bersama Courtney B. Vance dan Zach Galifianakis, serta menampilkan pendatang baharu Maia Kealoha.

Bagi peminat yang ingin mengimbas kembali kisah asal, koleksi penuh francais Lilo & Stitch — termasuk filem animasi yang memulakan segalanya — boleh distrim di Disney+ Hotstar. Dengan lebih daripada 640 juta jam tontonan di seluruh dunia, francais ini terus memikat hati penonton dari pelbagai generasi. Sebuah sekuel baharu juga sedang dalam proses pembangunan.


Versi live-action reimagining ini mengetengahkan kisah lucu dan menyentuh hati mengenai Lilo, seorang gadis yang kesepian, yang mengambil Stitch — seekor “anak anjing” asing dari angkasa lepas. Stitch membantu memulihkan hubungan kekeluargaan Lilo yang retak, sambil mencetuskan pelbagai kekacauan menghiburkan di kepulauan Hawai’i.

KOMEN ANDA

Terbaru Lebih lama