Selepas tayangan sulung yang mendapat perhatian ramai di Annecy International Animation Festival bulan lalu, siri animasi Eyes of Wakanda oleh Marvel Animation sudah boleh distrim di Disney+ Hotstar.

Dihasilkan bersama Proximity Media milik Zinzi Coogler, Sev Ohanian dan Kalia King, siri aksi-pengembaraan ini mengikuti perjalanan para pahlawan berani Wakanda sepanjang sejarah. Dalam misi menjelajah dunia, mereka perlu melaksanakan tugasan berisiko tinggi untuk mendapatkan kembali artifak Vibranium daripada musuh-musuh Wakanda. Mereka dikenali sebagai Hatut Zaraze — dan inilah kisah mereka.

Eyes of Wakanda menampilkan barisan pelakon suara terkenal termasuk Winnie Harlow, Cress Williams, Patricia Belcher, Larry Herron, Adam Gold, Lynn Whitfield, Jacques Colimon, Jona Xiao, Isaac Robinson-Smith, Gary Anthony Williams, Zeke Alton, Steve Toussaint dan Anika Noni Rose.

Projek Eyes of Wakanda diarahkan dan diterbitkan oleh Todd Harris, seorang pengarah, penerbit dan artis papan cerita yang pernah terlibat dalam francais filem terbesar dunia — daripada John Wick hinggalah ke MCU. Hubungan kreatif Harris dengan pengarah Ryan Coogler bermula sebagai artis papan cerita untuk filem Black Panther dan filem Black Panther: Wakanda Forever, kemudian sebagai ilustrator untuk Sinners, sebelum diberi kepercayaan mengarah Eyes of Wakanda.

Siri Eyes of Wakanda turut diterbitkan oleh Ryan Coogler, Brad Winderbaum, Kevin Feige, Louis D’Esposito dan Dana Vasquez-Eberhardt.

KOMEN ANDA

Terbaru Lebih lama