Kaki filem Marvel, bersedialah – The Punisher bakal muncul di layar perak!
Menurut laporan The Hollywood Reporter (THR), pelakon Jon Bernthal disahkan akan muncul dalam filem keempat Spider-Man yang bertajuk Spider-Man: Brand New Day. Ya, ini bukan teaser lagi – ini pengesahan rasm!. Bernthal akan mengulangi peranannya sebagai Frank Castle a.k.a The Punisher, dan kali ini, dia akan muncul terus dalam dunia Peter Parker versi Tom Holland!
BERKAITAN: Filem Spider-Man: Brand New Day Saksikan Kemunculan Semula Mark Ruffalo Sebagai Hulk
Setakat ini, barisan pelakon filem ni masih misteri – tapi beberapa nama besar dah disahkan: Tom Holland, Zendaya, Jacob Batalon, dan yang paling mencuri perhatian, Sadie Sink (dari siri Netflix Stranger Things) dalam satu watak misteri. Ada juga desas-desus bahawa Nicole Kidman bakal terlibat, tapi Marvel masih main tarik tali macam biasa.
Filem ni bakal diarahkan oleh Destin Daniel Cretton, yang dikenali melalui filem Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings. Sebelum ni, dia sepatutnya mengarahkan filem Avengers: The Kang Dynasty, tapi telah menarik diri pada 2023. Sekarang, dia fokus penuh pada Spider-Man: Brand New Day – dan sejujurnya, kami tak sabar nak tengok gaya pengarahan dia dalam dunia Peter Parker.
Filem Spider-Man: Brand New Day dijadualkan tayang di pawagam Amerika Syarikat pada 31 Julai 2026, iaitu beberapa bulan sebelum filem Avengers: Doomsday (18 Disember 2026) dan filem Avengers: Secret Wars (17 Disember 2027).
Memandangkan The Punisher akan memasuki MCU melalui filem Spider-Man: Brand New Day, ini tentunya akan mengubah tone filem ini nsnti. Mungkinkah kita akan dapat menyaksikan Spider-Man yang lebih gritty dan gelap selepas ni? Sama-sama kita nantikan.
Post a Comment