Filem terbaharu Spider-Man telahpun diumumkan secara rasmi, diberi tajuk Spider-Man: Brand New Day dan bakal menjadi entri keempat dalam siri Spider-Man lakonan Tom Holland dalam MCU. Filem ini diarahkan oleh Destin Daniel Cretton, yang sebelum ini mengarahkan Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings, dengan skrip ditulis oleh Chris McKenna dan Erik Sommers.

Dalam perkembangan terbaru, Mark Ruffalo disahkan akan kembali sebagai Bruce Banner/ Hulk dalam filem ini. Peranannya dijangka lebih besar daripada sekadar penampilan cameo, berkemungkinan sebagai mentor saintifik kepada Peter Parker atau memainkan peranan penting dalam konflik utama filem. Berkemungkinan juga hubungan antara Bruce Banner dan Peter Parker mungkin akan diuji – sama ada sebagai sekutu atau mungkin juga lawan.

Perincian lanjut masih belum didedahkan secara rasmi oleh Marvel Studios, tetapi penyertaan Mark Ruffalo pastinya menambah tarikan besar terhadap filem ini.

Terdapat juga spekulasi bahawa versi Savage Hulk akan muncul sebagai antagonis utama, menandakan peralihan dari persona Smart Hulk yang lebih terkawal kepada versi Hulk yang lebih ganas dan tidak terkawal. Selain itu, watak-watak seperti Scorpion, Boomerang, Tombstone, dan Tarantula turut dikhabarkan akan muncul sebagai antagonis tambahan, menjadikan filem ini penuh dengan cabaran untuk Spider-Man. Namun begitu, kemunculan terlalu banyak watak juga boleh menimbulkan kebarangkalian jalan cerita menjadi terlalu kompleks.

Sadie Sink, yang terkenal melalui siri Stranger Things, dilaporkan akan memainkan peranan sebagai Mayday Parker, anak perempuan Peter Parker dan MJ dari garis masa alternatif. Ini menandakan pengenalan elemen multiverse yang lebih mendalam dalam filem ini.

Produksi filem dijadualkan bermula pada musim panas 2025 di London dan dijangka selesai pada musim luruh tahun yang sama. Dengan gabungan watak-watak ikonik dan pengenalan elemen multiverse, Spider-Man: Brand New Day berpotensi menjadi salah satu entri paling menarik dalam MCU.

Filem Spider-Man: Brand New Day dijadualkan untuk tayangan pada 31 Julai 2026. 

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post