Bersedia, geng Marvel! Treler terakhir untuk Fantastic Four: First Steps dah pun dilancarkan – dan kali ni kita dihidangkan dengan lebih banyak aksi Galactus dan Silver Surfer!
Saksikan treler akhir filem Fantastic Four: First Steps di bawah:
Filem Fantastic Four: First Steps bakal menemui penonton di pawagam pada 24 Julai 2025, dan dibarisi pelakon seperti Pedro Pascal (Reed Richards/ Mister Fantastic), Vanessa Kirby (Sue Storm/ Invisible Woman), Ebon Moss-Bachrach (Ben Grimm/ The Thing) dan Joseph Quinn (Johnny Storm/ Human Torch).
Treler kali ini membolehkan kita melihat lebih banyak kelibat Galactus (lakonan Ralph Ineson) dan Silver Surfer (lakonan Julia Garner). Turut diperlihatkan, robot comel H.E.R.B.I.E. (disuarakan oleh Matthew Wood), malah anak kecil Reed & Sue iaitu Franklin Richards pun muncul!
Filem Fantastic Four: First Steps membawa kita ke dunia Marvel yang diinspirasikan era 60-an, penuh gaya retro futuristik. Tapi cabaran yang menanti keluarga pertama Marvel ni bukan calang-calang – mereka bakal berdepan ancaman paling besar setakat ini, iaitu Galactus!
Filem Fantastic Four: First Steps menandakan pembukaan rasmi MCU Fasa 6. Dan selepas ini, kita akan disajikan dengan turutan filem berikut:
- Spider-Man: Brand New Day – 31 Julai 2026
- Avengers: Doomsday – 18 Disember 2026
- Avengers: Secret Wars – 17 Disember 2027
Barisan pelakon Fantastic Four: First Steps akan kembali untuk dua filem Avengers itu nanti – membuatkan kami tak sabar nak menunggu team-up gempak berkenaan!
Diarahkan oleh Matt Shakman, filem Fantastic Four: First Steps akan ditayangkan di pawagam tempatan pada 24 Julai 2025.
Post a Comment