Kalau kalian rindu nak tengok aksi Don Lee membelasah musuh dengan gaya macho dia, bersiap sedia sebab dia bakal kembali dalam siri aksi fantasi terbaru bertajuk Twelve, yang akan mula ditayangkan pada 23 Ogos 2025 ini di Disney+ Hotstar!

Berlatarkan dunia moden Korea, Twelve mengisahkan tentang satu kuasa jahat kuno bakal muncul semula — dan hanya 12 penjaga zodiak yang mampu halang kemusnahan. Dulu mereka pernah korbankan segalanya untuk selamatkan manusia, tapi kini, setelah sekian lama, mereka terpaksa bangkit sekali lagi. Diterajui oleh Taesan (lakonan Don Lee), para penjaga ini akan bersatu semula untuk hadapi ancaman gelap yang cuba lenyapkan Seoul dan seluruh Semenanjung Korea.

Siri aksi fantasi Twelve ini dibintangi oleh Don Lee (sebagai Taesan, ketua kepada Twelve) dan Park Hyungsik (sebagai Ogwi, satu kuasa misteri yang dah tersembunyi selama seribu tahun). Siri ini ditulis oleh Kim Bonghan dan Don Lee sendiri, serta diarahkan oleh dua nama hebat – Kang Daekyu dan Han Yunseon.

Kalau kalian adalah peminat cerita Korea penuh aksi, drama dan mitos, Twelve memang wajib masuk dalam watchlist. Dan sementara menunggu tarikh 23 Ogos 2025, bolehlah layan dulu siri lain di Disney+ Hotstar macam Nine Puzzles, A Shop For Killers, Moving, dan banyak lagi.

Siri aksi fantasi Twelve akan mula distrim pada 23 Ogos 2025 secara eksklusif di Disney+ Hotstar. Jangan terlepas!


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post