Monsta telahpun memperlihatkan treler teaser untuk filem terbaharu mereka, iaitu Papa Zola The Movie. Siapa sangka, watak sampingan dalam siri BoboiBoy mempunyai peminatnya tersendiri hinggakan hadir dengan filem solonya sendiri!
Saksikan treler teaser filem Papa Zola The Movie di bawah:
Menurut pengarahnya Nizam Razak, watak-watak utama yang ditampilkan dalam Papa Zola The Movie adalah watak dewasa, dan merupakan Operatif P.A.P.A., pasukan baharu yang diperkenalkan dalam filem berkenaan.
Manakala garis masa bagi filem ini adalah selepas BoBoiBoy Arc Baraju, di mana Papa Zola akan menjalankan misi terakhirnya bersama TAPOPS. Juga ada garis masa sewaktu Zola dan Zila muda.
Dimaklumkan juga yang set utama filem ini akan berlatarkan Kolumpo (fictional Kuala Lumpur) dan juga di Bintang Hill (fictional Bukit Bintang). Nizam Razak menyatakan di Facebook peribadinya yang akan ada scene di Stesen Keretapi Kolumpo, yang telah diiktiraf sebagai stesen keretapi ke-5 tercantik di dunia, dan penampilan bas mini merah jambu ikonik suatu masa dulu, yang merupakan base bergerak P.A.P.A.
Selain itu, filem Papa Zola The Movie akan turut memperkenalkan Power Sphera baharu; Cimubot yang mempunyai kuasa simulasi!
Jangan lupa nantikan filem Papa Zola The Movie, yang dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada Disember ini!
Post a Comment