WAU Animation dan Primeworks Studios telah memperlihatkan treler baharu untuk filem terbaharu mereka yang amat dinanti-nantikan, iaitu Ejen Ali the Movie 2: Misi Satria.
Saksikan treler terbaharu filem Ejen Ali The Movie 2: Misi Satria di bawah:
Filem Ejen Ali The Movie 2 : Misi Satria merupakan sekuel kepada filem animasi popular Ejen Ali The Movie : Misi Neo yang ditayangkan pada tahun 2019. Filem Ejen Ali The Movie yang pertama telah berjaya mengutip lebih RM30 juta dalam tempoh enam minggu tayangan, menjadikannya filem animasi tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang masa.
Filem Ejen Ali The Movie 2 : Misi Satria berlatarkan kota futuristik Cyberaya, dan menampilkan Ejen Ali sebagai subjek utama untuk Projek Satria, sebuah sut perisai berteknologi tinggi yang dilengkapi dengan teknologi Kecerdasan Buatan (AI). Sut ini direka khas untuk meningkatkan prestasi fizikal dan mental ejen MATA semasa misi rahsia mereka.
Antara watak yang kembali dalam sekuel ini termasuk Ejen Alicia, Ejen Bakar, Rizwan, dan Jeneral Rama.
Filem Ejen Ali The Movie 2 : Misi Satria diarahkan oleh Usamah Zaid Yasin, Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation, dan dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 22 Mei 2025.
Post a Comment