Selepas sekian lama menanti, akhirnya treler pertama filem Now You See Me 3 — diberi tajuk Now You See Me: Now You Don’t — telah pun diperkenalkan secara rasmi kepada peminat!
Saksikan treler filem Now You See Me: Now You Don’t di bawah:
Treler filem Now You See Me: Now You Don’t memperlihatkan Four Horsemen bersatu semula selepas perpecahan mereka dahulu. Kali ini, mereka akan merancang satu lagi rompakan penuh ilusi, tetapi dengan kejutan: pasukan ini kini mempunyai ahli-ahli baharu! Antara pelakon yang menyertai barisan ini ialah Ariana Greenblatt, Justice Smith, dan Dominic Sessa.
Filem ketiga dalam francais penuh ilusi dan aksi ini diarahkan oleh Ruben Fleischer, yang sebelum ini pernah mengarahkan filem seperti Venom dan Zombieland. Lebih menarik, barisan pelakon asal kembali ke layar — termasuk Jesse Eisenberg, Woody Harrelson, Dave Franco, dan Isla Fisher yang masing-masing membawakan watak Danny Atlas, Merritt McKinney, Jack Wilder, dan Henley Reeves.
Selain itu, dua watak penting juga kembali — Mark Ruffalo sebagai Dylan Rhodes dan Morgan Freeman sebagai Thaddeus Bradley. Tidak ketinggalan, pelakon hebat Rosamund Pike turut menyertai filem ini dalam watak antagonis yang pastinya dapat memberikan imbangan yang baik dalam filem ini.
Sinopsis rasmi filem Now You See Me: Now You Don’t adalah seperti berikut;
The Four Horsemen return along with a new generation of illusionists performing mind-melding twists, turns, surprises, and magic unlike anything ever captured on film
Filem Now You See Me: Now You Don’t akan mula ditayangkan di pawagam Amerika Syarikat pada 14 November 2025. Tidak cukup dengan itu, filem Now You See Me 4 juga sudah disahkan dalam pembangunan! Fleischer akan kembali sebagai pengarah untuk sekuel keempat nanti. Namun, tarikh tayangannya masih belum diumumkan setakat ini.
Post a Comment