Your choices, your actions, that’s what makes you who you are.

Bersiap sedia untuk terbang tinggi ke dunia baharu DC! Filem sulung dari DC Studios yang bakal menggegarkan layar perak – Superman – akan mula ditayangkan musim panas ini dari Warner Bros. Pictures.

Saksikan treler terbaharu filem Superman di bawah:

Dengan sentuhan uniknya, James Gunn menghidupkan semula watak adiwira asal ini dalam semesta DC yang baharu – penuh dengan aksi epik, humor segar dan elemen emosi yang menyentuh hati. Versi Superman kali ini hadir dengan jiwa yang penuh belas kasihan dan kepercayaan mendalam terhadap kebaikan manusia.

Filem ini diterbitkan oleh dua figura utama DC Studios – Peter Safran dan James Gunn – dengan Gunn turut bertindak sebagai pengarah dan penulis skrip, berdasarkan watak-watak ciptaan Jerry Siegel dan Joe Shuster.

Filem Superman dibarisi pelakon seperti David Corenswet (sebagai Clark Kent/ Superman), Rachel Brosnahan (sebagai Lois Lane), dan Nicholas Hoult (sebagai Lex Luthor), selain turut menampilkan Edi Gathegi, Anthony Carrigan, Nathan Fillion, Isabela Merced, Skyler Gisondo, Sara Sampaio, María Gabriela de Faría, Wendell Pierce, Alan Tudyk, Pruitt Taylor Vince dan Neva Howell.

Diterbitkan oleh DC Studios, filem Superman arahan James Gunn ini akan mula ditayangkan di pawagam bermula 9 Julai 2025.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post