Para peminat Marvel di Malaysia bakal disajikan dengan satu lagi bab epik dalam legasi Captain America, apabila filem Captain America: Brave New World bakal ditayangkan secara eksklusif di Disney+ Hotstar bermula 28 Mei 2025!
Filem penuh aksi ini menyaksikan Sam Wilson (lakonan Anthony Mackie) kini secara rasmi memegang peranan sebagai Captain America yang baharu, selepas peristiwa dalam siri The Falcon and The Winter Soldier. Kali ini, dia berdepan ancaman global yang penuh misteri – dan juga pertembungan mendebarkan dengan musuh baharu yang digeruni, Red Hulk!
Dalam Captain America: Brave New World, Sam Wilson bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat yang baharu dilantik, Thaddeus Ross (lakonan legenda Harrison Ford). Namun pertemuan tersebut menjadi pencetus kepada satu insiden antarabangsa yang merbahaya, dan Sam terpaksa menyiasat satu konspirasi global yang mampu menggugat kestabilan dunia. Mampukah Sam menyelamatkan dunia sebelum semuanya terlambat — atau adakah ancaman kali ini terlalu besar untuk ditangani walau oleh seorang Captain America sekalipun?
Filem ini menampilkan pelakon hebat seperti Anthony Mackie, Danny Ramirez, Shira Haas, Xosha Roquemore, dan Carl Lumbly, selain penampilan hebat dari Giancarlo Esposito, Liv Tyler, Tim Blake Nelson, dan Harrison Ford.
Diarahkan oleh Julius Onah, filem ini turut diterbitkan oleh Kevin Feige dan Nate Moore, dengan Louis D’Esposito dan Charles Newirth sebagai penerbit eksekutif.
Bagi yang terlepas tonton di layar perak, inilah masanya untuk menyaksikan babak-babak aksi penuh gaya, jalan cerita penuh ketegangan dan kemunculan watak-watak ikonik Marvel yang pasti mengujakan!
Filem Captain America: Brave New World akan mula distrim di Disney+ Hotstar pada 28 Mei 2025 – jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kisah terbaru Sam Wilson sebagai Captain America yang kini berdepan dunia yang jauh lebih berbahaya daripada sebelumnya.
Post a Comment