Selepas berkongsikan treler pertama filem Keluang Man beberapa minggu lalu, kini Astro Shaw telah memperlihatkan treler akhir filem Keluang Man, sebelum tarikh tayangan yang dijadualkan pada 29 Mei 2025 ini, Tak lama dah!

Saksikan treler akhir filem Keluang Man di bawah:

BERKAITAN: Akhirnya Treler Rasmi Filem Keluang Man Diperlihatkan!

Filem Keluang Man menampilkan Nas-T (sebagai Borhan), Remy Ishak (sebagai Shamsir), Rosyam Nor (sebagai Ahmad), Anwaar Beg Moghal (sebagai Inspektor Sahab) dan Shweta Sekhon (sebagai Doktor Malini), selain turut menampilkan barisan pelakon seperti Amelia Henderson, Daniella Sya, Dennis Yin, Sham Sunder Binwani, Halim Othman, Shahrol Shiro, Azlee Jaafar, Wahid Senario, Prono dan Delimawati.

Untuk rekod, Keluang Man pertama kali tampil sebagai siri animasi tempatan terbitan UAS Animation Studios dan disiarkan di TV1 dari 1998 sehingga 2005, sebelum kembali bersiaran di TV9 pada tahun 2008.

Dalam pengumuman terdahulu, filem Keluang Man juga akan menjadi filem pertama dalam Keluang Man Cinematic Universe yang sedang dibangunkan oleh Astro Shaw.

Diarahkan oleh Anwari Ashraf, filem Keluang Man dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 29 Mei 2025.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post