Lionsgate telah berkongsi treler dan poster untuk filem thriller aksi yang dinanti-nantikan, iaitu Ballerina. Menampilkan Ana de Armas sebagai Eve Maccarro, filem Ballerina merupakan spin-off kepada filem John Wick.  

Saksikan treler filem Ballerina di bawah:

BERKAITANReview Filem John Wick: Chapter 3 - Parabellum (2019) - Penuh Aksi!

Berikut adalah sinopsis filem Ballerina:

Taking place during the events of John Wick: Chapter 3 – Parabellum, the film follows Eve Macarro who is beginning her training in the assassin traditions of the Ruska Roma.

Poster filem Ballerina turut menampilkan Keanu Reeves sebagai John Wick, Ian McShane sebagai Winston, Anjelica Huston sebagai Pengarah, dan mendiang Lance Reddick dalam penampilan terakhirnya sebagai Charon. Selain itu, filem ini turut menampilkan beberapa pendatang baharu francais, termasuk Norman Reedus sebagai Daniel Pine, Gabriel Byrne sebagai The Chancellor, Catalina Sandino Moreno sebagai Lena, Sharon Duncan-Brewster sebagai Nogi, Robert Maaser sebagai Dex, David Casteñeda sebagai Javier, dan Choi Sooyoung daripada Girls’ Generation sebagai Katla Park.

Projek filem Ballerina pertama kali diumumkan pada 2019 susulan filem John Wick: Chapter 3 – Parabellum, yang memberi kan penonton pandangan pertama terhadap pembunuh Ballerina yang dilatih oleh sindiket Ruska Roma yang diketuai oleh watak Anjelica Huston. Sindiket Ruska Roma juga terkenal sebagai organisasi yang bertanggungjawab melatih John Wick untuk menjadi mesin pembunuh yang tidak dapat dikalahkan.

Diarahkan oleh Len Wiseman, filem Ballerina dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 6 Jun 2025.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post