Dalam satu perkongsian video, Marvel Studios telah memperlihatkan barisan pelakon filem Avengers: Doomsday

Satu penstriman video yang sekadar memperlihatkan nama-nama pelakon untuk Avengers: Doomsday baharu sahaja dikongsikan oleh Marvel Studios, selain turut mengesahkan yang produksi untuk filem berkenaan kini telah bermula secara rasmi, dengan Joe Russo dan Antony Russo kembali sebagai pengarah.

Dari sorotan kamera yang memperlihatkan nama-nama pelakon di belakang kerusi, berikut adalah nama-nama pelakon yang dipaparkan dan watak-watak yang dilakonkan mereka sebelum ini:

Chris Hemsworth – Thor

Vanessa Kirby – Sue Storm/ Invisible Woman

Anthony Mackie – Sam Wilson/ Captain America

Sebastian Stan – Bucky Barnes/ Winter Soldier

Letitia Wright – Shuri/ Black Panther

Paul Rudd – Scott Lang/ Ant-man

Wyatt Russell – John Walker/ U.S Agent

Tenoch Huerta Mejia – Namor

Ebon Moss-Bachrach – Ben Grimm/ The Thing

Simu Liu – Shang-chi

Florence Pugh – Yelena Belova

Kelsey Grammer – Hank McCoy/ Beast

Lewis Pullman – Bob/ Sentry

Danny Ramirez – Joaquin Torres/ Falcon

Joseph Quinn – Johnny Storm/ Human Torch

David Harbour – Alexei Shostakov/ Red Guardian

Winston Duke – M’Baku

Hannah John-Kamen – Ava Starr/ Ghost

Tom Hiddleston – Loki

Patrick Stewart – Professor X

Ian McKellen – Magneto

Alan Cumming – Kurt Wagner/ Nightcrawler

Rebecca Romijn – Raven Darkholme/ Mystique

James Marsden – Scott Summers/ Cyclops

Channing Tatum – Remy LeBeau/ Gambit

Pedro Pascal – Reed Richards/ Mr. Fantastic

Robert Downey Jr. – Victor von Doom/ Doctor Doom

Berdasarkan senarai berkenaan, nampaknya barisan pelakon X-Men asal sebelum ini seperti Professor X, Magneto, Nightcrawler, Mystique dan Cyclops akhirnya tampil dalam MCU. Untuk rekod, watak Profesor X telahpun muncul sebelum ini dalam filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness, manakala Channing Tatum pula tampil semula sebagai Gambit selepas membuat penampilan sulungnya dalam filem Deadpool & Wolverine.

Namun begitu, terdapat pandangan yang menyatakan watak sebenar yang akan dilakonkan oleh senarai pelakon ini mungkin berbeza, memandangkan masih terlalu awal untuk menjangka apakah sinopsis filem Avengers: Doomsday ini, dan apakah twist yang akan dilakukan oleh Marvel Studios, seperti yang mereka lakukan apabila mengumumkan Robert Downey Jr. yang akan tampil semula, bukan sebagai Tony Stark/ Iron Man, tetapi sebagai Victor von Doom/ Doctor Doom.

Filem Avengers: Doomsday dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 1 Mei 2026.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post