Kami telahpun menonton menonton filem dokumentari Man On The Run (2023) di Netflix, dan ini adalah review Man On The Run dari kami.

Filem dokumentari Man On The Run arahan Cassius Michael Kim ini mengisahkan tentang skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang menggegarkan dunia itu memberikan pemahaman jelas tentang peranan individu buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, dan kaitannya dengan bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak dalam skandal kleptokrasi terbesar itu.

Dengan durasi tayangan selama 1 jam 38 minit, filem Man On The Run telahpun ditayangkan di pawagam di United Kingdom dan Amerika Syarikat pada September tahun lepas, selain turut ditayangkan di Singapura pada 5 Oktober 2023 dan Malaysia pada 19 Oktober 2023.

Menonton kisah berkenaan, sudah pasti membuatkan kita rakyat Malaysia berasa amat marah melihatkan wang yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan negara, akhirnya dijoli oleh pihak tidak bertanggungjawab. Jho Low dan Najib Razak menyalahgunakan kedudukan mereka untuk menyeleweng dana 1MDB untuk kepentingan peribadi, dan menggunakan pelbagai cara untuk menutup ruang siasatan pihak berkuasa hingga memaksa campur tangan FBI dan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat. 

Menariknya, filem dokumentari Man On The Run ini turut memaparkan sedutan temubual istimewa bersama beberapa individu yang bertanggungjawab menyiasat dan membongkarkan kes 1MDB ini, baik di pihak Malaysia (termasuklah Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan juga pihak negara luar. Malah, terdapat juga sedutan temubual bersama Dato' Sri Najib sebelum beliau dipenjarakan, di mana beliau masih berpandangan yang dirinya merupakan mangsa keadaan dan sebenarnya tidak bersalah. Ironi.

Dan walaupun Najib Razak kini sedang menjalani hukuman penjara, Jho Low masih kekal diburu dan disenaraikan dalam Notis Merah Interpol. Manakala Malaysia terpaksa membayar komitmen penyelesaian hutang 1MDB yang keseluruhan bernilai lebih USD11 bilion!

Jangan lupa saksikan filem Man On The Run, filem tentang skandal kewangan paling memalukan negara setakat ini yang membuka mata kita semua tentang betapa bahayanya rasuah dan penyalahgunaan kuasa, dan betapa rapuhnya kuasa di tangan mereka yang tidak tahu menghargainya.

PENILAIAN: 4/5 BINTANG

P/S: Jika anda sukakan review ini, jangan lupa untuk kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen di bawah. Sokongan anda amatlah kami hargai dalam usaha memberikan lebih banyak informasi yang menarik untuk bacaan anda.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post