Baharu sahaja ditayangkan di pawagam Indonesia sejak 14 Disember 2023 lalu, namun filem Siksa Neraka telah mula mencetuskan kontroversi apabila sah diharamkan tayangannya di pawagam Malaysia dan Brunei.

Pengharaman filem terbitan Dee Company itu disahkan oleh Antenna Entertainments di platform media sosial X mereka. Walaupun tidak dijelaskan mengapa pengharaman itu dilakukan, namun ianya dijangka mungkin disebabkan oleh gambaran adegan-adegan ngeri berbentuk hukuman oleh manusia pendosa, selain paparan babak hukuman di neraka.


Untuk rekod, filem Siksa Neraka adalah diadaptasikan dari komik bertajuk Siksa Bagi Para Pelacur karya MB Rahimsyah yang popular sekitar tahun 1990-an di Indonesia.

Filem Siksa Neraka diarahkan oleh Anggy Umbara, dan dibarisi pelakon-pelakon seperti Safira Ratu Sofya, Astri Nurdin, Ariyo Wahabs, Ricky Fachrel, Nayla D. Purnama, Kiesha Alvaro dan Slamet Raharjo.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post