Satu lagi siri terbaharu akan ditayangkan di Netflix pada Mac ini yang berdasarkan novel The Three-Body Problem, iaitu siri 3 Body Problem hasil olahan oleh David Benioff, D.B. Weiss dan Alexander Woo.

Siri 3 Body Problem bakal membawakan penonton menelusuri misteri dan penemuan tak terjangka, sebelum tibanya kesudahan menakutkan yang bakal menimpa dan berpotensi bertukar menjadi bencana.

Dalam adaptasi buku terlaris yang terkenal di peringkat antarabangsa hasil karya Cixin Liu ini, keputusan penting seorang wanita muda pada 1960-an di China bergema merentasi ruang dan masa hingga ke hari ini. Apabila undang-undang alam semula jadi terbongkar di hadapan mata mereka, sekumpulan saintis cemerlang bergabung tenaga dengan detektif yang tidak biasa untuk menghadapi ancaman terbesar dalam sejarah manusia.

Terdiri dari 8 episod dengan durasi 1 jam, siri 3 Body Problem dibintangi oleh Jovan Adepo (sebagai Saul Durand), John Bradley (sebagai Jack Rooney), Rosalind Chao, Liam Cunningham, Eiza González (sebagai Auggie Salazar), Jess Hong (sebagai Jin Cheng), Marlo Kelly, Alex Sharp (sebagai Will Downing), Sea Shimooka, Zine Tseng, Saamer Usmani, Benedict Wong (sebagai Da Shi) dan Jonathan Pryce, dan akan ditayangkan di Netflix pada 21 Mac 2024 ini.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post