Selepas kontroversi pemecatan Melissa Barrera dan penarikan diri Jenna Ortega, nampaknya filem Scream 7 sekali lagi berhadapan masalah. 

Terbaharu adalah pengarahnya, Christopher Landon mengumumkan penarikan diri dari mengarahkan filem Scream 7, menambahkan lagi ketidaktentuan terhadap masa depan filem ketujuh dalam francais filem Scream berkenaan.

Memetik kenyataan Landon di laman sosial X, beliau berkata;

I guess now is as good a time as any to announce I formally exited Scream 7 weeks ago. This will disappoint some and delight others. It was a dream job that turned into a nightmare. And my heart did break for everyone involved. Everyone. But it’s time to move on. I have nothing more to add to the conversation other than I hope Wes’ legacy thrives and lifts above the din of a divided world. What he and Kevin created is something amazing, and I was honored to have even the briefest moment basking in their glow.

Sebelum ini, filem Scream 7 mencetuskan kontroversi apabila pelakon Melissa Barrera (melakonkan watak Sam Carpenter) dipecat dari filem berkenaan pada November selepas membuat beberapa perkongsian di media sosial yang menyokong Palestin dan mengecam kekejaman rejim Zionis. Susulan pemecatan itu, seorang lagi pelakon utamanya iaitu Jenna Ortega turut mengumumkan menarik diri dari filem Scream 7.

Buat masa ini, masih belum jelas perancangan terbaharu studio perfileman berkaitan filem Scream 7 ini, yang masih belum mempunyai skrip mahupun tarikh mula untuk penggambaran. Malah, dengan `hilangnya´ dua pelakon utamanya iaitu Barrera dan Ortega, ditambah dengan pertukaran pengarah, sudah pasti akan memberikan kesan langsung kepada filem Scream 7 nanti.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post