JAPANESE FANTASY ANIME SERIES “ISHURA” TO DEBUT JANUARY 3 ON DISNEY+ HOTSTAR
Hanya beberapa hari sahaja lagi menjelang ke tahun 2024, dan Disney+ Hotstar telah mengumumkan satu anime terbaharu Jepun akan dibawakan di saluran penstriman berkenaan pada Januari 2024, bertajuk Ishura.
Ishura mengisahkan tentang dunia selepas kematian Demon King. Dengan sebilangan besar dewa bermati-matian cuba membuktikan diri mereka sebagai "Wira Sejati", mereka akan bersaing dan menghadapi cabaran paling sukar di dunia untuk menentukan siapa yang paling kuat daripada mereka semua.
Ishura diadaptasikan ke layar oleh Passione (Yuri Is My Job, Love Flops) dan diarahkan oleh Takeo Takahashi dan Yuki Ogawa, dengan rekaan watak dihasilkan oleh Yoko Kikuchi dan Yuka Takashina.
Dijadualkan akan distrim mulai 3 Januari 2024, Ishura merupakan tambahan terbaharu kepada senarai anime Jepun yang boleh distrim di Disney+ Hotstar.
Jangan lupa untuk strim Ishura di Disney+ Hotstar mulai 3 Januari 2024.
Post a Comment