Treler rasmi filem Kraven the Hunter akhirnya diperlihatkan oleh Sony Pictures, menampilkan Aaron Taylor-Johnson sebagai watak pemburu yang merupakan antara villain utama dari panel komik Spider-Man.

Saksikan treler filem Kraven the Hunter di bawah:

Daripada treler, dapat dilihat beberapa perubahan ditampilkan oleh Marvel untuk watak berkenaan, berbanding panel komik. Perbezaan paling ketara sudah tentunya daripada cara Kraven mendapat kuasa superhuman, di mana jika dalam komik, dia mendapat kuasa dengan mengambil sejumlah ramuan herba rahsia. Namun dalam treler filem, Kraven diperlihatkan seolah mendapatkan kuasanya itu akibat serangan singa ketika kecil.

Selain Aaron Taylor-Johnson yang membawakan watak imigran Rusia bernama Sergei Kravinoff/ Kraven, filem Kraven the Hunter turut menampilkan pelakon seperti Fred Hechinger (sebagai Chameleon), Ariana DeBose (sebagai Calypso), Russell Crowe (sebagai bapa Kraven) dan Levi Miller.

Filem Kraven the Hunter diarahkan oleh  J.C. Chandor, dan dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 6 Oktober 2023.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post