Satu laporan menyatakan tajuk rasmi filem terbaharu Star Wars yang memfokuskan watak Rey Skywalker kini telah diketahui, beserta tarikh penggambaran filem terbaharu berkenaan.

Filem terbaharu Star Wars berkenaan dikhabarkan akan dikenali dengan tajuk rasmi Star Wars: New Jedi Order, dan dikhabarkan akan memulakan penggambaran pada April 2024. Laporan berkenaan dibawakan oleh Production Weekly, memberikan bayangan yang filem berkenaan mungkin akan menampilkan jalan cerita dalam siri novel Star Wars Expanded Universe yang dikeluarkan antara tahun 1999 hingga 2003. Selain itu, turut dilaporkan adalah tarikh tayangan filem berkenaan, yang menyebutkan 22 Mei 2026 sebagai tarikh tayangan rasmi di pawagam. Walau bagaimanapun, masih belum ada pengumuman rasmi tentang kesemua info yang dikongsikan ini daripada Lucasfilm, jadi berkemungkinan akan ada perubahan lain selepas ini.

BERKAITAN: Lucasfilm Umumkan Penghasilan Filem Solo Rey Skywalker

Sinopsis filem Star Wars: New Jedi Order adalah seperti berikut:

Set roughly 15 years after Rey’s victory over Palpatine and the end of Star Wars: The Rise of Skywalker, the sequel delves into Rey’s courageous endeavor to restore the Jedi Order, where she assumes the role of a mentor to two promising young students — a girl and a boy. As their training progresses, it becomes evident that the girl possesses an extraordinary abilities, destined to emerge as the future leader.

Filem terbaharu ini diarahkan oleh Sharmeen Obaid-Chinoy (Ms. Marvel) dan lakon layar diolah oleh Steven Knight (Peaky Blinders). Daisy Ridley akan kembali melakonkan watak Rey Skywalker.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post