Satu laporan terbaharu berkaitan working title filem Venom 3 mungkin memberikan bayangan awal tentang watak villain untuk filem ketiga dalam universe filem Spider-Man kendalian Sony berkenaan.

Menurut laporan oleh The Cosmic Circus, working title untuk filem Venom 3 adalah Orwell. Berdasarkan tajuk, ianya berkemungkinan terkait dengan watak dari panel komk bernama Orwell Taylor!

Dalam komik,  Orwell Taylor berazam untuk membunuh Eddie Brock/ Venom selepas watak antihero membunuh anaknya ketika melarikan diri dari penjara the Vault — sebuah penjara untuk superhuman di mana anak Taylor. Taylor kemudiannya menubuhkan pasukan digelar the Jury yang bertujuan untuk menangkap Venom dan membawanya ke muka pengadilan. 

BERKAITAN: Review Filem Venom: Let There Be Carnage (2021) - Sony Terlalu Try Hard?

Venom 3 akan diarahkan oleh Kelly Marcel, yang juga bertindak sebagai penulis skrip filem berkenaan. Beliau juga bertanggungjawab menulis skrip kedua-dua filem Venom (2018) dan Venom: Let There Be Carnage (2021). Avi Arad, Matt Tolmach, Amy Pascal dan Hutch Parker akan bertindak sebagai penerbit.

BERKAITAN: Review Filem Venom (2018) - Inilah Venom Sebenar!

Filem Venom 3 akan kembali dibintangi oleh Tom Hardy sebagai Eddie Brock/ Venom, selain turut menampilkan Juno Temple.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post