Waktu tayangan rasmi filem Oppenheimer arahan Christopher Nolan akhirnya didedahkan?

Walaupun belum diumumkan secara rasmi, namun dalam satu temubual terbaharu bersama Total Film, Nolan memberikan bayangan yang filem terbaharu arahannya menampilkan Cillian Murphy sebagai pencipta bom atom, J. Robert Oppenheimer itu akan mempunyai waktu tayangan yang lebih panjang berbanding filem Interstellar (2014) arahannya, yang menampilkan waktu tayangan 169 minit.

Tambah Nolan lagi;

It’s slightly longer than the longest we’ve done,” Nolan said of the Oppenheimer runtime. “It’s kissing three hours.

BERKAITAN: Treler Baharu Filem Oppenheimer Diperlihatkan, Filem Kisah Pencipta Bom Atom

Sinopsis filem Oppenheimer adalah seperti berikut: 

Written and directed by Christopher Nolan, Oppenheimer is an IMAX® -shot epic thriller that thrusts audiences into the pulse-pounding paradox of the enigmatic man who must risk destroying the world in order to save it. The film is based on the Pulitzer Prize-winning book American Prometheus: The Triumph and Tragedy of J. Robert Oppenheimer by Kai Bird and the late Martin J. Sherwin.

Filem Oppenheimer dibarisi nama-nama besar seperti Cillian Murphy (sebagai J. Robert Oppenheimer), Emily Blunt (sebagai ahli biologi Katherine “Kitty” Oppenheimer), Robert Downey Jr. (sebagai Lewis Strauss, komisioner pengasas untuk U.S. Atomic Energy Commission), dan Matt Damon (sebagai Jeneral Leslie Groves Jr., pengarah Projek Manhattan). Ianya turut dibarisi pelakon hebat seperti Rami Malek, Florence Pugh, Josh Hartnett, dan Kenneth Branagh.

Berdasarkan buku yang memenangi Anugerah Pulitzer “American Prometheus: The Triumph and Tragedy of J. Robert Oppenheimer,” karya Kai Bird dan mendiang Martin J. Sherwin, filem Oppenheimer diarahkan oleh Christopher Nolan dan dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 20 Julai 2023.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post