Filem Black Hawk Down (2002) menampilkan kisah operasi menyelamatkan tentera Amerika Syarikat (AS) yang terperangkap di Pasar Bakara di Mogadishu, Somalia selepas diserang pengganas. Walaupun mencatatkan kutipan tinggi, namun filem arahan Ridley Scott berkenaan gagal menonjolkan keberanian dan pengorbanan tentera Malaysia dalam operasi berkenaan, yang memainkan peranan penting dalam usaha penyelamatan tersebut.

Namun, ianya bakal diceritakan semula oleh pengarah, Adrian Teh, pengarah filem Paskal The Movie, telah tampil dengan karya terbaharu MALBATT: Misi Bakara, yang menceritakan kisah berkenaan dari sisi pasukan tentera Malaysia ketika mereka terlibat dalam operasi menyelamat pasukan tentera Amerika Syarikat ketika dikepung ribuan pengikut Farah Aidid dalam insiden berkenaan.

Dibarisi pelakon terkenal seperti Bront Palarae, Shaheizy Sam, Hairul Azreen, Zahiril Adzim, Iedil Dzuhrie, Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Tony Eusoff, Syazwan Zulkifly, Dafi Ismail Sabri, Taufiq Hanafi, Nafiez Zaidi, Dini Schatzmann, Gambit Saifullah, Safwan Nazri, Ikhram Juhari dan Theebaan G, filem MALBATT: Misi Bakara dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 28 Ogos 2023 ini.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post