Disebabkan mogok dilaksanakan oleh kesatuan penulis-penulis skrip, Marvel sekali lagi terpaksa menghentikan proses pra-produksi untuk filem akan datang mereka, Blade yang dibintangi Mahershala Ali sebagai pelakon utama, di samping Aaron Pierre, Delroy Lindo dan Mia Goth. Filem Blade yang pada awalnya dijadualkan akan memulakan penggambaran di Atlanta dalam tempoh sebulan sahaja lagi, untuk tayangan yang dijadualkan pada 6 September 2024. 

BERKAITAN: Marvel Studios Hentikan Produksi Blade, Ditangguhkan Ke September 2024

Sebelum ini, Marvel Studios telah mengumumkan penghasilan semula filem Blade — selepas dipopularkan oleh Wesley Snipes dalam trilogi filem berkenaan di layar perak dari 1998 ke 2004 — di acara San Diego Comic-Con pada 2019.

Ini bukanlah kali pertama di mana Disney dan Marvel terpaksa menangguhkan penggambaran filem Blade. Pada Oktober lalu, Disney telah menunda tayangan filem Blade dari 2023 ke 2024 disebabkan pengarah asalnya, Bassam Tariq telah menarik diri dari projek berkenaan. Pada November, Yann Demange telah mengambil alih kerusi pengarah.

BERKAITAN: Bassam Tariq Tarik Diri Sebagai Pengarah Filem Blade

Buat masa ini, hanya penggambaran filem Blade sahaja yang terkesan akibat mogok berkenaan. Lain-lain projek Marvel seperti filem Thunderbolts, Captain America: New World Order dan Deadpool 3, serta siri Disney+ Agatha: Coven of Chaos, Daredevil: Born Again dan Wonder Man tidak terkesan dengan mogok berkenaan.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post