Masih hangat di acara Star Wars Celebration, Disney memperlihatkan juga treler teaser untuk siri Disney+ Ahsoka, menampilkan semula watak Jedi bernama Ahsoka Tano (lakonan Rosario Dawson) yang sebelum ini telahpun membuat kemunculan secara live-action dalam satu lagi siri Disney+ iaitu The Mandalorian

Saksikan treler teaser siri Disney+ Ahsoka di bawah:

BERKAITAN: Penggambaran Siri Disney+ Ahsoka Kini Bermula Secara Rasmi!

Turut diumumkan yang siri Disney+ Ahsoka akan ditayangkan secara eksklusif di Disney+ pada Ogos 2023 ini.

Sinopsis rasmi siri Disney+ Ahsoka adalah seperti berikut:

Set after the fall of the Empire, Ahsoka follows the former Jedi knight Ahsoka Tano as she investigates an emerging threat to a vulnerable galaxy.

Selain Dawson yang tampil melakonkan watak utama sebagai Jedi Ahsoka Tano, siri Disney+ berkenaan turut menampilkan Natasha Liu Bordizzo (sebagai Sabine Wren), Hayden Christensen (sebagai Anakin Skywalker), Mary Elizabeth Winstead (sebagai Hera Syndulla dan Ray Stevenson.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post