Selain pengumuman berkaitan Star Wars, Lucasfilm turut mengambil kesempatan untuk memperlihatkan treler baharu filem kelima Indiana Jones, iaitu Indiana Jones and the Dial of Destiny di acara Star Wars Celebration semalam.

Saksikan treler filem Indiana Jones and the Dial of Destiny di bawah:

Indiana Jones and the Dial of Destiny kembali menampilkan Harrison Ford sebagai ahli arkeologi dan penjelajah ikonik Indiana Jones, yang mungkin merupakan filem terakhir lakonannya sebagai watak berkenaan. Ianya turut dibintangi oleh Phoebe Waller-Bridge, Antonio Banderas, Mads Mikkelsen, Thomas Kretschmann, Boyd Holbrook dan Shaunette Renée Wilson.

Filem Indiana Jones and the Dial of Destiny diarahkan oleh James Mangold (Logan) dan dijadualkan untuk tayangan di pawagam 30 Jun 2023.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post