Lionsgate telah mengumumkan tarikh tayangan filem spin-off John Wick, bertajuk Ballerina yang dibintangi oleh Ana de Armas!

Filem spin-off yang dinanti-nantikan itu kini dijadualkan untuk tayangan pada 7 Jun 2024!

BERKAITAN: Keanu Reeves & Ian McShane Akan Muncul Dalam Filem 'Spin-off' John Wick, Ballerina!

Sinopsis filem Ballerina adalah seperti berikut:

The world of John Wick expands with Ballerina, as Ana de Armas stars as an assassin trained in the traditions of the Ruska Roma.

Filem Ballerina diarahkan oleh Len Wiseman, dan dibintangi oleh Ana de Armas, Anjelica Huston, Gabriel Byrne, Lance Reddick, Catalina Sandino Moreno dan Norman Reedus, manakala Ian McShane dan Keanu Reeves turut dijangka akan tampil dalam filem berkenaan. Namun begitu, tidak dapat dipastikan samada watak Charon lakonan Lance Reddick akan digantikan ataupun tidak, susulan kematian pelakon berkenaan baru-baru ini.

BERKAITAN: Review Filem John Wick: Chapter 4 (2023) - Penamat John Wick?

Filem paling terbaharu dalam francais filem berkenaan, iaitu John Wick: Chapter 4, kini merekodkan kutipan keseluruhan melebihi USD250 juta di seluruh dunia dan kini sedang ditayangkan di pawagam. 


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post