Teaser trailer filem hasil usaha sama Skop Production dan Astro Shaw, Polis Evo 3 kini diperlihatkan!

Dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada Mei 2023, filem Polis Evo 3 masih mengekalkan bintang utamanya iaitu Shaheizy Sam dan Zizan Razak.

Sudah tentunya filem Polis Evo 3 ini amat dinantikan peminat siri filem berkenaan. Apatah lagi, filem Polis Evo 2 (2018) arahan Joel Soh dan Adre Chiew mencatatkan rekod tersendiri, apabila meraih kutipan lebih RM20 juta selepas 17 hari ditayangkan di pawagam!

Dalam satu temubual bersama Harian Metro pada Januari yang lalu, pemilik Skop Production, Datuk Yusof Haslam mengesahkan filem Polis Evo 3 sudah sedia dipertontonkan dengan versi ditambahbaik agar naskhah terbabit lebih mantap.

Dikhabarkan, jalan cerita filem Polis Evo 3 ditampilkan agak berbeza dengan dua versi awal yang dipertontonkan sebelum ini.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post