DreamWorks Animation telah memperlihatkan treler filem animasi terbaharu mereka, iaitu Ruby Gillman Teenage Kraken, filem komedi yang mengisahkan tentang watak seorang remaja pemalu yang menyedari dirinya adalah merupakan dari keturunan legenda diraja raksasa laut mistik iaitu kraken, dan menelusuri perjalanan hidup dan takdirnya sendiri. 

Ruby Gillman merupakan seorang remaja 16 tahun yang bersekolah di Oceanside High, namun amat pemalu dan bergelut untuk mendapatkan perhatian rakan sebayanya. Dia mengajar matematik kepada seorang budak lelaki, seorang skater yang amat disukainya, namun dia dihalang daripada bergaul dengan kanak-kanak lain di pantai disebabkan ibunya yang terlalu melindungi dan telah melarang Ruby daripada masuk ke dalam air.

Tetapi apabila dia melanggar peraturan paling utama ibunya, Ruby mendapati bahawa dia merupakan keturunan langsung pahlawan permaisuri Kraken dan ditakdirkan untuk mewarisi takhta daripada neneknya yang memerintah lautan, iaitu Warrior Queen of the Seven Seas.

Kraken bersumpah untuk melindungi lautan terhadap ikan duyung yang dahagakan kuasa yang telah menjadi musuh ketat Kraken selama berabad-abad. Namun terdapat satu masalah utama: Gadis baharu yang cantik dan popular di sekolah itu, Chelsea, kebetulannya adalah ikan duyung. Ruby akhirnya perlu menerima hakikat siapa dirinya yang sebenar, dan menerima takdirnya untuk melindungi orang yang paling dia sayang.

Ruby Gillman Teenage Kraken diarahkan oleh Kirk DeMicco, dan dibarisi pelakon seperti Lana Condor, Toni Collette, Annie Murphy, Sam Richardson, Liza Koshy, Will Forte, Colman Domingo, Jaboukie Young-White, Blue Chapman, Eduardo Franco, Ramona Young, Echo Kellum, Nicole Byer dan Jane Fonda.

Jangan lupa saksikan filem Ruby Gillman Teenage Kraken, bakal ditayangkan di pawagam pada 29 Jun 2023 ini.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post