Pra-produksi filem Venom 3 terbitan Sony Pictures kini bermula! Pelakon utamanya, Tom Hardy telah mengesahkan sendiri yang filem berkenaan telahpun memulakan fasa pra-produksi. 

Tom Hardy turut membuat satu perkongsian video di Instagram rasminya, yang sedikit sebanyak memperlihatkan watak Eddie Brock lakonannya berinteraksi dan bertelagah dengan Venom, dalam satu adegan melibatkan suasana di hospital.

BERKAITAN: Filem Venom 3 Diumumkan Secara Rasmi!

Venom 3 telah diumumkan secara rasmi di acara CinemaCon di Las Vegas pada tahun lepas. Ianya akan diarahkan oleh Kelly Marcel, yang mengambil alih kerusi pengarah selepas bertindak sebagai penulis skrip untuk dua filem terdahulu. 

BERKAITAN: Review Filem Venom: Let There Be Carnage (2021) - Sony Terlalu Try Hard?

Buat masa ini, masih belum ada perincian diumumkan berkenaan filem Venom 3. Filem terdahulu, iaitu Venom: Let There Be Carnage (2021) menampilkan symbiote Carnage sebagai ĺawan' kepada Venom, namun menerima kritikan yang agak bercampur-campur di kalangan penonton. Filem tersebut telah membuka ruang untuk memperkenalkan lain-lain watak symbiote yang pernah muncul dalam komik Marvel. Venom turut membuat kemunculan dalam end credit scene filem Spider-Man: No Way Home sebelum ini, namun tidak dapat dipastikan adakah Venom akan crossover ke MCU nanti.

Sony masih belum menetapkan tarikh tayangan rasmi filem Venom 3.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post