Filem Hellboy (2019) lakonan Richard Harbour boleh dianggap sebagai satu kegagalan kerana gagal mencatat kutipan membanggakan. Malah, jika dibandingkan dengan filem Hellboy (2004) lakonan Ron Perlman dan diarahkan oleh Guillermo del Toro, ianya bagaikan langit dan bumi. Entah di mana silapnya, para peminat lebih cenderung kepada filem lakonan Ron Perlman berkenaan berbanding filem terbaharu berkenaan.

Terkini, portal Deadline telah melaporkan yang Millennium Media akan menghasilkan satu lagi filem baharu Hellboy!

BERKAITAN: Poster Baru Hellboy Diperlihatkan, Trailer Pertama Dijangka Pada Khamis Ini!

Diberi tajuk Hellboy: The Crooked Man, ianya akan diolah dengan skala cerita yang lebih kecil, dan dikatakan yang skripnya akan diolah sendiri oleh penulis komik Hellboy, iaitu Mike Mignola dibantu oleh Sean Golden. Filem berkenaan akan berlatarkan satu komuniti kecil di Appalachia sekitar tahun 1950-an. 

Filem Hellboy: The Crooked Man akan diarahkan oleh Brian Taylor, dan akan menjalani penggambaran di Bulgaria. Walaupun begitu, masih belum ada pengumuman berkenaan barisan pelakon yang akan tampil dalam filem berkenaan. Yang pasti, David Harbour sudah tentunya tidak akan kembali sebagai Hellboy disebabkan kritikan pedasnya terhadap filem Hellboy (2019) sebelum ini, manakala Ron Perlman pula tidak akan kembali sekiranya bukan Guillermo del Toro sebagai pengarah.

Memetik kenyataan Presiden Millennium Media, Jeffrey Greenstein, beliau berkata;

Hellboy: The Crooked Man is the first of many, a departure from all previous Hellboy films where Mike Mignola and the creator of the comics will finally shepherd an authentic version of his stories and characters in film form…Brian Taylor is an expert across the board, and I couldn’t think of a better person to bring this story to life to show our audience this different and original Hellboy slate of films.

Buat masa ini, masih belum ada tarikh tayangan diumumkan untuk filem Hellboy: The Crooked Man.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post