Sama ada anda peminat Star Wars atau tidak, Grogu atau The Child mempamerkan kecomelan yang tidak dapat dinafikan dengan telinga gergasinya yang comel dan matanya yang besar, memikat hati semua orang. Dengan musim ketiga The Mandalorian yang akan ditayangkab bermula esok, berikut adalah lima fakta tentang Grogu yang mungkin anda tidak tahu.

Grogu dan Master Yoda BUKAN watak yang sama, tetapi dari spesies force-sensitive yang sama

Tidaklah mengejutkan bila mana penonton pada awalnya menganggap Grogu adalah bersaudara dengan Jedi Grand Master Yoda dalam trilogi asal Star Wars. Kini, pengarah Jon Favreau telah mematahkan teori ini, menegaskan bahawa Grogu bukanlah versi muda Yoda dan tidak berkaitan dengannya dalam apa cara sekalipun.

BERKAITAN: Treler The Mandalorian Musim 3 Diperlihatkan, Bakal Ditayangkan Mac Ini

Grogu seperti kebanyakan orang, suka makan

Sepanjang siri The Mandalorian, Grogu sentiasa lapar dan sentiasa mencari makanan untuk dijadikan snek, daripada snek yang menyelerakan seperti biskut biru cerah atau secawan sup tulang yang enak. sehinggalah kepada ramuan asing seperti semangkuk sup sesungut, telur katak dan labah-labah ais yang baru bertelur dari sebuah gua.

Grogu adalah musuh yang hebat

Sebagai makhluk yang peka terhadap the Force, menggunakan kuasa itu adalah sifat kedua bagi Grogu yang membolehkannya memanfaatkan kebolehan yang berkuasa seperti penghalang, penyembunyian, telekinesis dan banyak lagi semasa situasi getir untuk melindungi dirinya bersama bapa angkatnya, Din Djarin, Mandalorian.

Grogu mempunyai minat pelik terhadap tombol bulat berkilat

Sejak dia duduk dalam kapal Razor Crest milik Din Djarin, Grogu telah terobsesi dengan tombol sfera pada salah satu tuas kawalan kapal. Dalam Musim 1, dia telah pergi ke arah tombol dan memasukkannya ke dalam mulutnya, seperti bayi baru lahir. Ini diteruskan dalam Musim 2, dan jika berpeluang, dia akan menggunakan the Force untuk menyeret tombol secara telekinetik supaya lebih dekat kepadanya.

Pergerakan Grogu yang seakan hidup adalah hasil gabungan boneka dan animatronik

Pergerakan lancar dan luar biasa Grogu dalam siri ini telah dapat direalisasikan kerana pembikin filem memutuskan untuk mencipta boneka yang diperbuat daripada silikon custom dan bukannya menggunakan kesan CGI biasa. Bunyi khas Grogu yang serupa dengan bunyi bayi adalah gabungan bunyi manusia yang dicampur dengan rakaman mamalia hutan hujan tropika yang dipanggil kinkajou.

Jangan lupa untuk tonton pengembaraan Grogu seterusnya dalam The Mandalorian Musim 2 di Disney+ Hotstar pada 1 Mac 2023 (esok)!


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post