Trailer kedua filem MCU terbaharu, Ant-Man and the Wasp: Quantumania kini diperlihatkan, memberikan peminat pandang pertama terhadap watak villain M.O.D.O.K. yang tampil buat pertama kali dalam filem MCU!

Saksikan trailer terbaharu filem Ant-Man and the Wasp: Quantumania di bawah:

BERKAITAN: Berapa Lama Waktu Tayangan Filem Ant-Man and the Wasp: Quantumania?

Trailer terbaharu Ant-Man and the Wasp: Quantumania memberikan beberapa sedutan terbaharu watak villain utama untuk MCU Phase 5 iaitu Kang the Conqueror (lakonan Jonathan Majors). Trailer ini turut mengesahkan yang aktor Bill Murray akan melakonkan watak Lord Krylar, pemerintah kerajaan Axia yang merupakan komuniti dalam dunia quantum realm), William Jackson Harper (melakonkan watak Quaz), dan David Dastmalchian (melakonkan watak Veb).

Berikut adalah sinopsis rasmi filem Ant-Man and the Wasp: Quantumania:

In the film, which officially kicks off phase 5 of the Marvel Cinematic Universe, Super-Hero partners Scott Lang (Paul Rudd) and Hope Van Dyne (Evangeline Lilly) return to continue their adventures as Ant-Man and the Wasp. Together, with Hope’s parents Hank Pym (Michael Douglas) and Janet Van Dyne (Michelle Pfeiffer), the family finds themselves exploring the Quantum Realm, interacting with strange new creatures and embarking on an adventure that will push them beyond the limits of what they thought was possible.

Menariknya, trailer filem Ant-Man and the Wasp: Quantumania turut menampilkan buat pertama kalinya watak villain M.O.D.O.K (singkatan untuk Mental Organism Designed Only for Killing) dalam filem MCU, namun tidak dapat dipastikan apakah kaitan antara M.O.D.O.K dan Kang dalam filem ini. 

Filem Ant-Man and the Wasp: Quantumania diarahkan oleh Peyton Reed, dan dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 17 Februari 2023.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post