Kevin Hart dan Woody Harrelson berganding bahu dalam filem The Man From Toronto, satu lagi filem dengan pendekatan komedi yang dihasilkan oleh Netflix

Filem The Man From Toronto mengisahkan tentang Teddy Jackson (lakonan Kevin Hart) yang merupakan seorang Youtuber yang cuba menyara hidup dengan menghasilkan video-video berinspirasi tentang kehidupan seharian. Namun, hasil dan sambutan yang diterimanya ternyata tidak menggalakkan, sehingga menjadi bahan gurauan kepada para penduduk di kawasan kejiranannya. Woddy Harrelson pula melakonkan watak pembunuh upahan misteri dengan reputasi yang digeruni – yang hanya dikenali dengan nama gelaran The Man From Toronto

Dan penonton tidak perlu meneka lama tentang perjalanan filem ini, apabila Teddy Jackson yang berada di tempat yang salah pada masa yang salah, beliau telah disalah anggap sebagai The Man From Toronto (TMNT) yang sebenar. Maka bermulalah penyamaran Teddy, dan apabila bertemu dengan TMNT sebenar (Harrelson), mereka berdua berganding bahu untuk menjatuhkan satu konspirasi terbesar yang mampu memulakan satu lagi Perang Dunia, selain cuba menyelamatkan nyawa mereka sendiri! 

Kami katakan filem ini tipikal Kevin Hart kerana kualiti lakonan yang ditampilkan adalah versi biasa yang dilakonkan oleh pelakon tersebut. Apatah lagi watak lakonannya, iaitu Teddy Jackson yang sudah seperti `makanan biasa´ buat dirinya, berbeza dengan watak lakonannya dalam satu lagi filem Netflix, iaitu Fatherhood yang telahpun kami ulas di SINI.

Sejujurnya, tiada apa yang baharu yang ditampilkan dalam filem The Man From Toronto ini. Resepi gandingan 2 individu berbeza latar belakang - terdiri daripada pak lawak dan pembunuh upahan yang hebat, sudah amat biasa ditampilkan di layar perak. Malah plotnya juga sudah dapat dijangka dan tiada element of surprise

Dari aspek lakonan, tidak dapat disangkal yang sangat meyakinkan sebagai seorang pembunuh upahan. Beliau berjaya menampilkan elemen misteri kepada watak The Man From Toronto, lengkap dengan pakai serba hitam, rumah serba canggih dan pilihan senjata yang lengkap bagi seorang pembunuh upahan legenda. Tak dinafikan juga, interaksi on-screen beliau bersama Hart juga menarik untuk dilihat, walaupun jalan ceritanya amatlah cliche. Ianya masih menyeronokkan untuk ditonton.

Jangan lupa saksikan filem The Man from Toronto yang kini boleh ditonton di Netflix. Namun, rendahkan expectation anda kerana ianya masih filem yang menghiburkan dan tidak membosankan, walaupun mengguna pakai resepi yang sama seperti beberapa filem lain sebelum ini. 

PENILAIAN : 3/5 BINTANG

P/S: Jika anda sukakan review ini, jangan lupa untuk kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen di bawah. Sokongan anda amatlah kami hargai dalam usaha memberikan lebih banyak informasi yang menarik untuk bacaan anda.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post