Umum mengetahui kini yang watak Kang the Conqueror (lakonan Jonathan Majors) akan menjadi villain utama dalam filem Ant-Man and the Wasp: Quantumania (dan juga untuk keseluruhan Multiverse Saga), aang akan berakhir dengan filem Avengers: Secret Wars nanti. Kini, Kevin Feige, Presiden Marvel Studios memberikan sedikit pencerahan tentang motif dan driving force untuk Kang, dan apakah sasaran utamanya nanti.

Dalam satu temuramah terbaharu bersama Empire, Feige berkata;

Kang’s a very powerful person, but when we meet him he’s in a position where he needs to get that power back. He has a ship and a device that would allow him to go anywhere, and anywhen he wants if he can get it online. If only he had access to genius scientists with Pym particles.

BERKAITAN: Selepas Thanos, Siapakah 'Penjahat Utama' Dalam Filem MCU?

Selain itu, Feige turut `mengacah´ dan menyatakan masih ada beberapa lagi varian Kang yang bakal ditampilkan (selain daripada apa yang telah disaksikan dalam siri Disney+ Loki). Tambah Feige lagi;

He’s a different type of villain, warring amongst themselves as much as he’s warring with our heroes.

Kang the Conqueror akan tampil dalam filem Ant-Man and the Wasp: Quantumania, yang dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 17 Februari 2023.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post