Selepas Thanos 'dihapuskan' di penghujung filem Avengers: Endgame (2019), peminat filem MCU tertanya-tanya siapakah pula watak 'penjahat utama' yang akan tampil dalam filem-filem MCU akan datang. Apatah lagi watak Thanos telah diperkenalkan seawal tahun 2012 di penghujung filem The Avengers


Kini, laporan terbaharu mengatakan yang MCU telahpun menemui watak pengganti Thanos. Jonathan Majors – yang sebelum ini terkenal dalam filem Lovecraft Country – dilaporkan telah dipilih untuk tampil dalam filem Ant-Man 3 di samping Paul Rudd dan Evangeline Lily. 

Menariknya, menurut laporan oleh Deadline, pelakon berkenaan dilaporkan akan melakonkan watak Kang the Conqueror. Jika berita ini ternyata benar, ianya merupakan perkembangan yang sangat menarik, apatah lagi pengenalan watak Kang mungkin memperkenalkan elemen time travel, malahan mungkin juga membuka ruang kepada pengenalan watak-watak dari Fantastic Four.

Filem Ant-Man 3 masih mengekalkan Peyton Reed di kerusi pengarah. Menariknya, Reed juga merupakan individu yang bertanggungjawab mencadangkan idea filem Fantastic Four kepada Fox (semasa Fox masih belum diambil alih oleh Disney). Menurut Reed :

I developed it for about a year and we went through some different permutations and some different writers, but yes, one of the big ideas was a set-in-the-’60s thing that at the time was structurally gonna be basically like [The Beatles’] A Hard Day’s Night, where we were not going to even deal with the origin story


Dilahirkan sebagai Nathaniel Richards, Kang wujud di abad ke-31, dan kembali ke zaman silan untuk bertarung dengan pasukan Avengers dan Fantastic Four, dengan harapan untuk menakluk garis masa ketika itu. Peminat komik juga umum mengetahui yang dalam beberapa siri komik, Nathaniel Richards juga merupakan bapa kepada salah seorang anggota Fantastic Four, iaitu Mr. Fantasic/ Reed Richards.Adakah jalan cerita berkenaan akan digunakan oleh Marvel Studios untuk memperkenalkan Fantastic Four ke MCU? Sama-sama kita nantikan.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post