Nantikan drama Kampung People 2 yang memasuki musim kedua dan bakal mula bersiaran pada 17 September 2020, setiap hari Rabu hingga Jumaat di slot Lestary TV3. Drama Kampung People musim pertama mendapat pujian ramai, dan masih mengekalkan pelakon asal seperti Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Riena Diana, Hun Haqeem dan Kamarul Eqifshah. Drama Kampung People 2 diarahkan oleh Wan Hasliza Wan Zainuddin di bawah terbitan KL Motion Pictures. 

JUDUL : Kampung People 2
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 17 September 2020
WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
PENGARAH : Wan Hasliza Wan Zainuddin
PRODUKSI : KL Motion Pictures

PELAKON : 
Elly Mazlein sebagai Mona/ Aminah
Rashidi Ishak sebagai Razif/ Abu Bakar
Riena Diana sebagai Laila/ Ruziah
Hun Haqeem sebagai Jaafar
Shah Kimin sebagai Ismail
Adibah Noor sebagai Dona
Daniella Fazli sebagai Tasha/ Saleha
Kamarul Eqifshah sebagai Imran/ Adam
Namron sebagai Tuan Shuhaimi
Haeriyanto Hassan sebagai Norbik
Fizz Fairuz sebagai Ejen Shukri
Razak Ahmad sebagai Tok Penghulu




Kampung People 2 mengisahkan Razif, isterinya Mona dan anak-anak mereka Laila dan Yummy pulang ke kehidupan asal mereka di bandar setelah Tuan Suhaimy masuk ke penjara dan Cengkih Manis dibubarkan. Kos kehidupan yang tinggi membuat Razif amat tertekan untuk memastikan lifestyle keluarganya dapat di kekalkan. Disebabkan rindu kepada Jaafar, Laila berjaya meyakinkan ayahnya yang tertekan untuk pindah balik ke kampung tetapi takut Mona akan tidak bersetuju.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post