Set penggambaran filwem aksi terbaharu Jackie Chan, Vanguard, gempar apabila pelakon itu hampir lemas semasa melakonkan satu aksi lagak ngeri.

Insiden yang berjaya dirakam itu berlaku ketika Jackie Chan, 66 tahun, sedang melakukan aksi menunggang jetski bersama pelakon pembantu, Miya Muqi.

Keadaan menjadi tak terkawal apabila jetski berkenaan melanggar tebing, sebelum terbalik dan menyebabkan mereka berdua terhumban ke dalam air. Muqi dengan pantas muncul di permukaan air, namun tidak bagi Jackie. Hampir 45 saat berlalu, namun kelibat Jackie tidak kelihatan.

Kru penggambaran yang panik terus cuba mencari Jackie di dalam air berkenaan. Tak lama kemudian, barulah Jackie berjaya diselamatkan, tanpa sebarang kecederaan.


Menurut Jackie :

I also don’t remember what happened, but it was like there was a divine power helping me. I pushed the jet ski out of the way, and the current pushed me out of the water.

Selepas berjaya diselamatkan, Jackie hanya tersenyum dan bercerita tentang pengalaman yang dialaminya itu.

Malah, dia turut menyatakan ternampak pengarah filem Vanguar, Stanley Tong menangis apabila beliau dapat diselamatkan. Jackie menambah, beliau terpaksa menenangkan semua kru penggambaran, yang ternyata terkejut dengan kejadian tersebut. 

Maunya mereka tak terkejut, bintang ternama dan bintang utama filem tu kan? Kalau betul-betul terkorban, tak ke naya nak menghabiskan penggambaran filem tu nanti? Jackie Chan semenangnya terkenal dengan filem aksi, malah melakonkan sendiri adegan lagak ngeri dalam filem lakonannya.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post