Apabila nasib menyebelahi seorang pelajar sekolah menengah yang kurang bernasib baik dengan janji untuk memberikannya kehidupan yang lebih baik dan dipenuhi dengan kekayaan sebagai tukaran untuk satu pengorbanan kecil, hidupnya akan tunggang terbalik apabila semua yang dia inginkan - dan banyak lagi - menjadi kenyataan. Itulah yang cuba disampaikan dalam drama The Golden Spoon – satu lagi K-drama yang akan ditayangkan di Disney+ Hotstar mulai 23 September ini.

Ramai mengatakan bahawa tiada apa-apa dalam hidup yang datang secara percuma, tetapi apabila Lee Seungcheon yang sedang bergelut ditawarkan kehidupan baru yang penuh dengan kekayaan dan kemewahan sebagai 'tukaran' untuk pembelian satu sudu emas yang mampu dimiliki, dia akan segera mendapati bahawa sebenarnya ianya bukanlah harga kecil yang perlu dibayar. Dikenali sebagai dirt spoon oleh sesiapa yang mengenali dirinya, Seungcheon dan beberapa yang lain akan mengalami perubahan sepenuhnya dalam cara yang tidak dijangka sama sekali dalam drama The Golden Spoon, siri Korea terbaharu yang diumumkan sebagai sebahagian daripada katalog kandungan APAC tempatan yang tersedia di Disney+ Hotstar.

Dibintangi Yook Sungjae (sebagai Lee Seungcheon, seorang budak lelaki yang dilahirkan dalam kesusahan yang ditawarkan kehidupan baru dengan pembelian sudu emas), Lee Jongwon (sebagai Hwang Taeyong, anak kepada seorang ketua konglomerat yang kaya), Jung Chaeyeon (sebagai Na Juhee, seorang wanita dari keluarga kaya yang mengimpikan kehidupan normal), dan Yeonwoo (sebagai Oh Yeojin, seorang gadis yang mempunyai cita-cita yang tiada tandingan), The Golden Spoon ditulis oleh Yoon Eunkyung dan Kim Eunhee dan diarahkan oleh Robin Song dan Lee Han Jun.

BERKAITAN: THE ZONE: Survival Mission – Rancangan Hiburan Korea Bakal Ditayangkan Sempena Hari Disney+ Hotstar

Peminat juga boleh menantikan tayangan perdana THE ZONE: Survival Mission pada 8 September, sebuah rancangan komedi Korea yang dibintangi oleh Yu Jaeseok, Lee Kwangsoo dan Kwon Yuri dalam pelbagai situasi yang tidak dijangka. Penonton juga boleh menikmati pelbagai rancangan Korea pada masa ini termasuk: Big Mouth, mengisahkan tentang seorang peguam yang tidak cekap yang dipenjarakan secara palsu dan dituduh sebagai penipu paling terkenal di negara itu; dan Grid, filem thriller misteri tentang sosok misteri yang pernah menyelamatkan manusia tetapi kini dikenal pasti sebagai rakan sejenayah kepada suatu pembunuhan. 

Drama The Golden Spoon boleh ditonton di Disney+ Hotstar mulai 23 September 2022.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post