K-drama bertajuk Good Job telah disahkan akan distrim di saluran iQIYI mulai 7 September ini! Dibintangi Jung Il-woo dan ahli kumpulan Girls' Generation Kwon Yu-ri yang bergandingan buat kali kedua, drama Good Job mengisahkan tentang seorang detektif berada, iaitu Eun Seon-Woo (lakonan Jung Il-woo) dan Don-Se-Ra (lakonan Kwon Yu-ri), yang dilahirkan dengan kemampuan luar biasa. Menggunakan kemahiran yang ada, mereka sama-sama terjebak dalam perjalanan romantik dalam usaha menyiasat kes-kes menggunakan kelebihan yang mereka ada!

Sebagai tambahan, Eun Seon-Woo menjalani kehidupan sebagai seorang pemilk perniagaan pada sebelah siang, dan detektif pada sebelah malam. Menariknya, beliau akan menukar penampilannya pada setiap malam untuk menyiasat pelbagai kes, menyaksikannya 'penyamarannya' dan menukar penampilan pada setiap malam sehingga ratusan kali. Ada kalanya menjadi seorang tycoon berambut panjang, malah ada juga menyaksikannya bertukar menjadi seorang warga emas. Sekiranya keadaaan menjadi tegang, beliau juga menunjukkan keupayaan mempertahankan diri dalam perlawanan "satu lawan sepuluh", menjadikannya sedikit sebanyak seorang yang overconfidence dan merasakan dirinya lebih hebat dari detektif legenda, Sherlock Holmes.

Watak lakonan Jung Il-woo dan Kwon Yu-ri pada asalnya tidaklah mengenali antara satu sama lain, dan hanya mengetahui kebolehan luar biasa masing-masing secara tak sengaja. Selepas itu, mereka berdua nekad untuk bekerjasama dan menggunakan keupayaan masing-masing untuk menyelesaikan kes. Watak lakonan Kwon Yu-ri mempunyai kuasa super vision, membolehkannya meihat dan jarak beberapa ratus meter seperti human telescope, manakala watak lakonan Jung Il-woo pula punyai keupayaan logic and execution yang hebat. 

K-drama Good Job akan ditayangkan di iQIYI (www.iq.com dan aplikasi) mulai 7 September 2022, dengan episod baharu dikemaskini setiap hari Rabu dan Khamis pada jam 9 malam.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post