Pelakon utama untuk filem Deadpool 3, iaitu Ryan Reynolds dilaporkan telah memulakan latihan intensif untuk menyambung wataknya dalam filem terseburt sebagai Wade Wilson/ Deadpool. Perkara tersebut disahkan melalui perkongsian oleh jurulatih peribadi, Don Saladino di laman Instagram peribadinya. 

Untuk rekod, Saladino telah menjadi jurulatih peribadi untuk Reynolds untuk dua filem Deadpool terdahulu, selain turut menjadi jurulatih peribadi untuk Sebastian Stan bagi watak Winter Soldier.

Deadpool 3 ditulis oleh Rhett Reese dan Paul Wernick, dan akan diarahkan oleh Shawn Levy. Presiden Marvel Studios, Kevin Feige telah mengesahkan yang filem Deadpool 3 akan mengekalkan penarafan R-rated (restriced) seperti mana dua filem terdahulu. Ini akan menjadikannya filem MCU pertama dengan penarafan berkenaan. Ia juga merupakan filem Deadpool pertama yang akan ditayangkan selepas pengambilalihan studio 20th Century Fox oleh Disney. Walau bagaimanapun, tarikh tayangan filem Deadpool 3 masih belum ditetapkan.

Dua filem Deadpool sebelum ini merupakan filem yang mendapat sambutan ramai di kalangan peminat, mencatatkan kutipan keseluruhan sebanyak lebih USD1.5 bilion di seluruh dunia. Filem Deadpool diarahkan oleh Tim Miller, manakala Deadpool 2 diarahkan oleh David Leitch.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post