Sabtu lalu, kami berkesempatan menonton filem animasi terbaharu di pawagam iaitu DC League of Super-Pets (2022) bertempat di TGV Cheras Selatan. Dan ini adalah review filem DC League of Super-Pets dari kami.


Filem DC League of Super-Pets mengisahkan watak Superman dan anjingnya, Ktypto yang mendarat di Bumi selepas kemusnahan planet mereka, Krypton. Fast forward, Kal-El/ Clark Kent yang kini dikenali sebagai Superman, dan Krypto the Superdog sama-sama bertugas menjaga keamanan di Metropolis. Menganggap Clark sebagai kawan baiknya. Krypto menjadi cemburu apabila Clark keluar dengan kekasihnya, Lois. Konflik berlaku apabila Clark ingin melamar Lois, dan kerana tidak mahukan Krypto berasa terasing dan bersendirian, cuba mencari rakan baharu untuk Krypto di pusat yang menempatkan haiwan-haiwan yang diselamatkan dan terbuang. Satu kejadian melibatkan Lex Luthor telah menyebabkan haiwan-haiwan di pusat haiwan terbuang itu mempunyai suasa luar biasa, termasuklah seekor tikus belanda yang bertukar menjadi jahat. Dengan dibantu haiwan-haiwan lain yang mempunyai kuasa seakan ahli pasukan Justice League, mereka bergabung untuk menentang tikus belanda yang jahat dan mempunyai perancangan untuk menakluki dunia. Berjayakah mereka mematahkan cubaan jahat tersebut? Jangan lupa saksikan filem DC League of Super-Pets yang kini sedang ditayangkan di pawagam.

BERKAITAN: Keanu Reeves Jadi Batman Dalam Filem Terbaharu DC?

Filem DC League of Super-Pets menampilkan watak-watak suara yang dikenali ramai, seperti Dwayne Johnson (sebagai Krypto), Kevin Hart (sebagai as Ace/ Bat-Hound), John Krasinski (sebagai Kal-El/ Clark Kent/ Superman), Diego Luna (sebagai Chip), Keanu Reeves (sebagai Bruce Wayne /Batman), dan Olivia Wilde (sebagai Lois Lane). Menariknya, versi tayangan filem ini di Malaysia menampilkan pelakon suara dari Malaysia, iaitu Sean Lee yang melakonkan suara untuk watak Waffles. Peluang ini digunakan beliau untuk menggunakan loghat English yang selalu digunakan kaum Cina Malaysia untuk watak tersebut, dan dapat dicam kali pertama watak tersebut menuturkan kata-kata. Menarik sekali!

Filem DC League of Super-Pets bolehlah dianggap sebagai hiburan ringan yang sesuai untuk seisi keluarga. Selepas dikejutkan dengan polemik larangan tayangan Lightyear (dan keengganan Disney untuk memotong adegan yang tak sepatutnya), tayangan filem DC League of Super-Pets ini sesungguhnya sesuatu yang amat dinantikan untuk membawa anak-anak menonton filem di pawagam. Watak-watak superhero yang dekat di hati, ternyata mudah dihayati dan difahami. Jalan ceritanya juga menghiburkan dan bersahaja, dan tidak disibukkan dengan plot yang tidak berkaitan.

RATING SEMBANGFILEM: 4/5 BINTANG

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post