Mat Kilau secara rasminya akan ditayangkan di Netflix!

Itulah berita yang dikongsikan oleh syarikat pestriman terkemuka, Netflix, apabila mengumumkan filem tempatan yang mendapat sambutan paling menggalakkan tahun ini, iaitu Mat Kilau akan ditayangkan di saluran tersebut. Mat Kilau yang kini mencatatkan rekod sebagai filem Malaysia dengan kutipan tertinggi dalam sejarah, dijadualkan akan ditayangkan di Netflix bersempena dengan sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2022.  

Selain pengumuman itu, Netflix turut mengumumkan beberapa tayangan baharu sepanjang bulan September ini. Antaranya adalah siri K-drama bertajuk Little Women, yang mengisahkan tentang trio adik-beradik perempuan yang penyayang tetapi hidup serba kekurangan yang terpaksa berhadapan dengan keluarga paling kaya dan berpengaruh di Korea. Menariknya, sebahagian adegan dalam drama tersebut dirakamkan di Singapura!

Filem biopik yang ditunggu-tunggu, Blonde mengisahkan perjalanan hidup bintang Hollywood Marilyn Monroe, dijadualkan akan ditayangkan mulai 28 September 2022, ditunjangi oleh Ana de Armas.

Manakala filem Thai Cave Rescue, mengisahkan operasi getir menyelamatkan sebuah pasukan bola sepak remaja Thailand dan pembantu jurulatih mereka yang terperangkap dalam gua Tham Luang ketika hujan lebat, mendorong bantuan pasukan penyelamat antarabangsa dan pakar dari pelbagai negara untuk datang membantu, akan ditayangkan di Netflix mulai 22 September 2022.

Kesemua filem dan drama menarik ini serta banyak lagi akan mengisi slot tayangan baharu Netflix sepanjang bulan September ini. 

2 Comments

  1. Yeayyyy.. Mat Kilau to Netflix.. Nakpi beli popcorn kat petronas dan kopi panas nanti sambil tengok cerita yang ramai sangat recommends.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post